Rentetan peristiwa yang menjadikan saya seorang yang sedikit lain di mata saya sendiri.
Minggu pertama, memandu ke kuala lumpur bersama si adik lelaki berusia 19 tahun, berdua. tanpa henti.(ok sebenarnya berhenti beli keropok)
Minggu kedua, menaiki bas bersama seorang sahabat dari terengganu.
Dan minggu ketiga, keseorangan menuju ke KL, juga menaiki bas, malah saya satu-satunya penumpang di atas bas waktu itu. Tak percaya? Saya pun tak percaya.
Semua di atas mungkin biasa bagi anda. Namun tidak untuk saya. Terengganu-kl, bukanlah jarak yang dekat juga. Dan pergi hampir saban minggu, buatkan saya rasa aneh. Ianya sesuatu yang hampir mustahil dilakukan oleh seseorang yang semulajadinya penakut dan sedikit manja. Saya akui.
Dibesarkan dengan kehidupan yang 'selesa' dan 'selamat', saya tidak diajar secara praktikalnya, untuk berdikari. Malah di zaman yang akhbarnya dipenuhi dengan berita-berita yang menakutkan, ketakutan saya bertambah berkali-kali ganda .
Maka apakah yang menggerakkan saya? Saya tidak mungkin akan melakukannya tanpa sebab yang kukuh. Jika anda seorang yang paranoid, anda sedikit sebanyak pasti boleh memahami isi hati saya.
"Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga PARANOID merujuk pada seseorang yang percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya atau dirinya berkedudukan penting (Walaupun pada hakikatnya tidak). Kecenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebih."
Paranoid ini, satu penyakit psychology. Dan ada satu ketakutan yang ekstrim pada pesakitnya. Namun insya Allah, saya belum sampai pada tahap itu. Kerana saya ada Allah. Saya membawa rasa takut itu seiring dengan kebergantungan pada Allah. Ya, itulah yang mengatasi rasa takut saya pada mereka di sekeliling. Keberadaan Allah dalam hati.
Motivasi terbaik pada saya, adalah kekuatan pergantungan kepada Allah. Sungguh, saya keluar dari kepompong ketakutan itu dengan keyakinan bahawa, tiada daya upaya makhluk selain dengan izin Allah jua. Maka saya tetapkan hati, Allah itu ada, sentiasa menjaga saya setiap detik dan ketika.
Saya yakin bahawa Allah itu maha berkuasa, Dia mampu menutup pintu kejahatan pada hati manusia lain, dan Dia juga mampu menenangkan hati saya jika saya dalam kegusaran. Jika ditakdirkan sesuatu berlaku, saya yakin Allah lebih tahu dan mengetahui keadaan saya.
Maka saya yang seorang penakut, cuba sedayanya berhadapan dengan rasa itu. Melawan kelemahan diri dengan keyakinan kepada Allah. Subhanallah, benarlah dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang (Ar-Ra'd:28)
Dan kakak saya sendiri, apabila saya menceritakan perjalanan tersebut, hanya mengatakan,
"Bila jie kata jie ni penakut, macam tak percaya sebab tengok jie ni nampak lasak.."
Kata seorang kakak yang sebenarnya mengenali saya sejak lahir. Mungkin, saya sudah berjaya mengatasi ketakutan itu sehingga mereka di sekeliling sudah tidak nampak hakikat sebenar saya seorang penakut..Untuk itu, saya bersyukur.=)
Dia menyambung,
"Seperti gajah yang takutkan tikus, kedengaran seperti tak logik,"
Maka, saya ini gajahlah ye? cantik perumpamaan itu. hehe.
Dan di akhirnya, saya percaya, cara berfikir itu benar-benar mempengaruhi diri kita. Ubah pemikiran untuk ubah kehidupan. Itu titik mulanya.
Insya Allah.=)
2 comments:
tahniah. anda telah berjaya menamatkan kelas berani dan didikan Allah Yang Pengasih supaya kita menjadi manusia yang hebat. InshaAllah.
Alhamdulillah..masih banyak yang perlu diperbaiki dari sehari ke sehari..Bermula untuk berubah kadang2 tidak sesukar untuk istiqamah..
InsyaAllah perlu usaha lagi.=)
Post a Comment