Tuesday, May 1, 2012

Berkampung di Kampung~Part 2 (sepupu)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya punya sepupu-sepupu yang comel. Walaupun lama tak bertemu, kemesraan tu sentiasa mengalir insya Allah. Mereka masing-masing berusia 11, 10, 8 (perempuan) dan 5 tahun.

Cuma yang paling kecil itu kelihatan malu-malu dengan saya, kerana berbanding dengan abang-abang dan kakaknya, saya jarang dapat bertemu dengannya. Sudah berusia 5 tahun pada tahun ini.

Arif sering melarikan diri bila saya pulang ke kampung sebelum ni. Dia hanya melihat dari jauh abang-abang dan kakaknya bermain dengan saya. Kali ni saya berazam mahu mencuri hatinya. ^_^

Untuk itu saya membawa senjata saya, hehe, iaitu cupcake! ^_^

Kanak-kanak mana yang tak sukakan cupcake yang comel? Saya sebenarnya membawa cupcake yang belum dihias, tujuan saya mahu bermain-main dengan mereka,dan biarkan mereka mencorakkan kreativiti mereka.

Tapi saya ambil sebahagiannya untuk saya lukis apa yang mereka suka. Hajat di hati nak lukis wonderpet, sebab sebelum ni si kakak minat pada wonderpet. Mungkin zaman sudah berubah (hehe), mereka sekarang minat pada angry bird pula. Okay, saya hanya menurut perintah.^_^

Dan Arif, dia minta saya lukiskan doraemon untuknya. Hehe, ye, dia mula berani mendekati. ;D

Ok, seterusnya saya mahu biarkan mereka pula yang mencurahkan kretiviti mereka.=)

Seronok melihat mereka semua ni. Hehe.

Di kampung ni pun, ada lagi sepupu saya belah mak saudara sorang lagi. Mereka cuma dua beradik. Si kakak, berusia 19 tahun (sebaya adik saya), dan si adik lelaki tingkatan 4. Si kakak yang saya panggil kak Long ni, rapat dengan saya. Dialah teman saya di kampung ni, dan dia sangat kelakar. Walaupun kami selalu gaduh (hehe, gaduh manja), tapi dialah yang bawa saya berjalan-jalan ambil angin di sekitar kampung.

Lama juga tak bertemu dengannya, jadi banyak perkara yang dikongsikan. Pernah sampai 4 pagi kami berkongsi cerita, dan banyak juga perkara yang tak pernah saya tahu, kini mula tahu dengan cerita-cerita dia. Pelbagai rasa, tapi semua dah berlalu. Yang lepas biarkan lepas..Alhamdulillah, rasa seronok sangat bersama dengan kak long..Kak Long pun nampak makin matang, hehe, sukalah dia ni kalau saya tahu saya cakap macam ni. Rasa nak buat satu entry khas la untuk kak Long. Nanti2 ye.=)

-Bersama Kak Long..=)-


Alhamdulillah, keseronokan di kampung berganda dengan adanya mereka. Saya tahu kehidupan mereka tidak semudah kebanyakan kanak-kanak lain, dan itu yang saya lihat mematangkan mereka. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang, di dunia dan akhirat. Itu harapan terbesar saya untuk mereka.

Ingin sentiasa bersama mereka, itu mustahil untuk saya. Saya ada tanggungjawab lain, ye, memang takkan terhabis. Saya cuma mahu sekurang-kurangnya menceriakan hidup mereka, dan doakan mereka dari jauh. Insya Allah2.

Saya sayang mereka..^_^

Ada part 3 pulak nanti, hehe, cerita banyak, tapi nak menulis tu lama pulak ambil masanya. insya Allah ye.=)

2 comments:

firdausi said...

Bukan alif.arif la.alif nama anak kak za.

firdausi said...

bestnya duk kg.. rindunya... hurm.. betul kata jie.. nak je duk kampung dan gembirakan org2 kat kg.. tapi kita ada komitmen.. bila ada masa terluang mmg cukup berharga bila duk kampung.. kalau lah leh undurkan masa.. tapi mmg tak boleh dah.. dan hope akan datang semua akan lebih bari dari yg lepas..