Sunday, May 13, 2012

Berkampung di kampung ~ Part 3 (Aktiviti kami..^_^)

Assalamualaikum..

Okay, mahu terus bercerita. Baiklah, selain aktiviti berkebun dan cupcake tersebut, banyak lagi aktiviti kami bersama. Rancangan abang untuk ke air terjun, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. (sedih) Hehe, semoga ada kesempatan di lain kali.

Paling menarik, ketika itu, kampung ini sedang meriah dengan aktiviti pelajar sekolah, tujuannya untuk mengumpul dana untuk perkhemahan sekolah mereka. Sempatlah saya menyaksikan kesungguhan mereka ini, hehe, termasuklah abang(panggilan untuk sepupu yang sulung) dan Yu (Naqiuddin~adiknya).

Jadi dua hari berturut-turut kampung itu meriah dengan kedatangan pasukan-pasukan pengakap dan puteri Islam dari rumah ke rumah. =)

Sementara menunggu abang-abang dan kakaknya pulang dari sekolah, sempat lagi saya ber' photoshoot' dengan arif. Mula-mula malu-malu kucing, tak lama lepas tu, dia pula yang terlebih excited. Hehe.

-Arif-

Tidak ketinggalan juga,ada aiskrim yang menggamit kenangan. Nama apa ye aiskrim ni, aiskrim poli ke aiskrim pop? hehe, lupe. Masa kecil-kecil memang famous, patah-patahkan kat tengah tu. =)

Setelah selesai melayan keletah Arif (yang mula selesa dengan saya), saya dan kak long bersiap mahu ke sekolah. Hehe, untuk apa? Abang-abang arif sudah mahu pulang, saja kami mahu mengambil angin petang dan pulang beriringan dengan mereka yang berbasikal. Cuma tak adil sikit sebab kami bermotosikal, pernah juga kak long sengaja bawa laju-laju meninggalkan mereka di belakang. Saja mengusik. Hehe.

Baiklah, kemudiannya kami berhenti seketika di gerai ini. Ini adalah tempat wajib singgah..Ada dijual Donut lembut dan popia yang sedap, selain air tebunya yang asli. Hampir setiap hari jugalah ke gerai ini. Dan banyak kali juga tak sempat beli sebab dah habis. Keciwa. hehe.

Pulang ke rumah, bersantai dulu sambil makan-makan. Kemudian meneruskan aktiviti bermain badminton dan berbasikal pula. Aktiviti berbaja sudah tamat kerana sudah selesai, hanya menunggu saat pokok itu membesar. Begitulah rutin hampir setiap hari, sesuatu yang indah untuk dikenang.=)

Alhamdulillah, memang satu pengalaman yang menarik untuk saya apabila bersama-sama mereka. Satu pengajaran yang saya rasa benar sekali,

"Adalah sesuatu yang membahagiakan apabila kita mampu membuatkan orang lain tersenyum dan gembira."

Benar sekali, "Erti hidup dalam memberi". Jangan pernah berhenti memberi, walaupun cuma dengan satu senyuman, mungkin ada manusia lain yang tersentuh hati dan hidup dengan lebih gembira..insya Allah.

Semoga Allah sentiasa memlihara kita dalam rahmatNya, amiin.=)

No comments: