Saturday, April 24, 2010

Hikmah~


Assalamualaikum..

Baru2 ni accident kereta..Atas permintaan ramai saya buat jugak post ni untuk diambil sedikit pengajaran..Waktu tu di LPT, hujan baru turun, lebat pulak tu..saya tejaga dari tidur."Subhanallah dah lama x hujan,.Alhamdulillah..".Saya rasa seronok sebab suasana sejuk dan saya baru berkira-kira nak sambung tidur. Abah bagitau Pak Cik Syukri, perlahan sikit, hujan ni..Pak Cik syukri pun perlahankan kereta, tapi-tiba tayar lari, lalu kereta terbabas ke divider tepi. Ya Allah saya terkejut sangat, rasa macam mimpi..Nampak abah macam panik, kereta pun berpusing2 atas jalan raya dalam hujan lebat. Abah kata tekan brek, Pak cik syukri kata dah tekan dah tak jadi jugak..Pastu abah kata ohh lepas brek, lepas brek..MAsa tu kereta tengah berpusing-pusing, saya waktu tu berdebar sangat sebab takut jatuh ke dalam gaung kat sebelah ni. Mulut saya tak habis2 baca doa, Setelah agak lama keadaan macam tu, alhamdulillah selepas lepas brek kereta pun berhenti menghadap ke gaung. Saya bersyukur tak terkira. Dalam hujan lebat tu abah keluar tgk kereta, agak teruk. alhamdulillah tak ade kecederaan pada kami.Cuma kereta cedera agak teruk. Agak jauh jugak kereta berpusing dari tempat perlanggaran tadi. Dan sangat bersyukur tiada kereta waktu kereta berpusing, kalau tidak mungkin lagi teruk kejadian yang berlaku..

Dan, ade pengajaran yang sangat berharga yang saya dapat. Kebiasaannya saya sembahyang solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan, tapi kali ni saya terlupa. Saya dah bimbang, tapi dalam fikiran takpe kot, saya dah baca doa perjalanan. Banyak kali saya baca doa, tapi dah perkara nak jadi, jadi jugak. Bila Allah kata jadi, siapa kita untuk menolak ketentuan Allah. Namun alhmadulillah Allah masih melindungi kami, Subhanallah, Allah kan maha penyayang.

4 comments:

Anonymous said...

fuuuh..........................

_hanif_

wardatus solehah said...

jie...
alhamdulillah jie dan family xde kecederaan ape2...
sabar dgn ye dgn ape terjadi..

nafiiz said...

teruknya..

jie, abg nak amek gambar2 tu nak letak dlm nafiiz..

Tg fatin said...

_hanif_~fuuuhhh ke kena. alhamdulillah la.=)

wardatus solehah~thanks tya..insya Allah ade hikmah disebalik semua ni..bersangka baik dgn Allah.=)

nafiiz~orait..semoga jadi pengajaran pada semua dan semoga semua lebih berhati2 di jalan raya. Dan yg penting jgn lupa minta pengawasan Allah setiap masa.Allah Maha penyayang..=)