Assalamualaikum..
Sikap lama masih ada. Update satu cerita, tinggalkan blog tanpa berita..Tapi siapa yang ambil kisah kan. hehe.=)
Mahu kembali normal menulis blog, susah itu. Sebab komitmen di dunia realiti lebih indah. =) (sebenarnya mood yang tak datang-datang) Alhamdulillah, bergelar seorang isteri, tiga bulan lebih sudah. Macam-macam ye yang dihadapi. Manis tentulah, masin, masam, pahit, ada juga berselang seli..tapi semua tu menambah perencah, dan makin lama makin seronok pula. hehe. Tapi betullah, hidup di alam realiti much more fun dari terawang di dunia fantasi. I admit it, dengan pengalaman yang tidak seberapa ini..=)
Maka kehidupan selepas kahwin, memang mendidik. Semoga terdidik menjadi yang lebih baik, amiin. Alhamdulillah, si suami begitu dia-alukan dalam keluarga. Malah lebih dialu-alukan dari saya. hehe. Tiada siapa lagi peduli jika saya tiada, yang penting suami saya perlu ada di sisi mereka.. Benarkah mitos ini? masa akan menentukan..But he is so lovable by everyone, which makes me much more happy. Alhamdulillah.=)
Kesempatan yang ada ketika pulang ke kampung, perlu digunakan sebaiknya. Jadi saya sebagai seorang yang sangat suka pergi berpicnic, dengan jayanya mengumpulkan mereka yang ada untuk 'last minute picnic', tentulah dengan kelapangan masa dan tanpa paksaan. Alhamdulillah, semuanya bersetuju. Maka ber'picnic'lah kami dengan gembiranya di tepi pantai dengan angin yang sepoi2 bahasa..amazingly nice.=)
Esyraf si comel
Hudy bear (bak kata menn)
Para isteri sekalian~
Yellow couple
Pilot
dan akhirnya yang ditunggu-tunggu, tentulah kami pengantin baru..hehe..:
First picnic after married..^_^
See u next entry.=)
Love him..=)
May Allah bless.
May Allah bless.
We had so much fun, sungguh sangat menyeronokkan. Semoga lain kali masa tidak mencemburui kami dan picnic dapat dijalankan dengan lebih meriah insyaAlalh.
*Sebenarnya dalam kepala terbayang-bayang BBQ pula. BBQ depan rumah macam biasa. Mari kita lihat ia dapat direalisasikan atau tidak.^_^
See u next entry.=)
No comments:
Post a Comment