Assalamualaikum..
Baru-baru ini adik saya pulang dari tempat belajarnya, dan berkata,
"Ada kenalan kawan kirim salam. Dia pembaca blog kak Jie. Dia kata blog kak jie best, banyak manfaatnya."
Saya pandangnya, terkejut juga. Oh ada pembaca juga blog ni. Selama ni, ingatkan syok sendiri je. Hehe. Ah segan pulak rasanya.
Salam ukhwah buat pembaca2 saya, terima kasih sebab sudi baca penulisan yang x seberapa ni..hehe.^_^
Blog saya, tiada gambar-gambar yang menarik. Cuma ada penulisan yang panjang lebar dan membosankan. Hehe, yang rajin membaca je yang akan baca sampai habis. Saya si penulis ni takde masalah sebab memang suka menulis..^_^
Baru sedar, lama juga usia blog ni. Tak pernah bertukar designnya. Terharu sebab ade juga follower, sebab saya ni tak rajin tinggal jejak kat blog orang. Terima kasih ya semua. ^_^
Insya Allah saya tak menulis untuk mencari populariti, jauh sekali nak dapatkan pengikut setia. Cuma saya sudah cukup berpuas hati, kalau ada pembaca yang tersentuh hati atau terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan, apabila membaca catatan saya. Walaupun ia di luar pengetahuan saya.
Penilaiannya, saya serah pada Allah. Semoga ada juga saham untuk saya nanti, amiin.=)
Saya penulis yang biasa-biasa saja. Kalau ada manfaatnya, alhamdulillah.
Dan maafkan saya kalau ada terkurang sini sana, jemputlah meninggalkan teguran atau peringatan untuk saya memperbaiki penulisan saya, insya Allah.=)
Sesungguhnya yang baik itu hanya datang dari Allah, dan yang buruknya datang dari saya (ai, rasa macam buat ucapan pulak, hehe)
Apapun, saya percaya,
"Hidup tidak akan selalu indah, namun keindahannya dapat dikecapi jika kita 'hidup' iman dan akal."
Insya Allah, =)
Ikhlas,
Fatin.
Monday, May 14, 2012
Sunday, May 13, 2012
Berkampung di kampung ~ Part 3 (Aktiviti kami..^_^)
Assalamualaikum..
Okay, mahu terus bercerita. Baiklah, selain aktiviti berkebun dan cupcake tersebut, banyak lagi aktiviti kami bersama. Rancangan abang untuk ke air terjun, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. (sedih) Hehe, semoga ada kesempatan di lain kali.
Paling menarik, ketika itu, kampung ini sedang meriah dengan aktiviti pelajar sekolah, tujuannya untuk mengumpul dana untuk perkhemahan sekolah mereka. Sempatlah saya menyaksikan kesungguhan mereka ini, hehe, termasuklah abang(panggilan untuk sepupu yang sulung) dan Yu (Naqiuddin~adiknya).
Jadi dua hari berturut-turut kampung itu meriah dengan kedatangan pasukan-pasukan pengakap dan puteri Islam dari rumah ke rumah. =)
Sementara menunggu abang-abang dan kakaknya pulang dari sekolah, sempat lagi saya ber' photoshoot' dengan arif. Mula-mula malu-malu kucing, tak lama lepas tu, dia pula yang terlebih excited. Hehe.
-Arif-
Tidak ketinggalan juga,ada aiskrim yang menggamit kenangan. Nama apa ye aiskrim ni, aiskrim poli ke aiskrim pop? hehe, lupe. Masa kecil-kecil memang famous, patah-patahkan kat tengah tu. =)
Setelah selesai melayan keletah Arif (yang mula selesa dengan saya), saya dan kak long bersiap mahu ke sekolah. Hehe, untuk apa? Abang-abang arif sudah mahu pulang, saja kami mahu mengambil angin petang dan pulang beriringan dengan mereka yang berbasikal. Cuma tak adil sikit sebab kami bermotosikal, pernah juga kak long sengaja bawa laju-laju meninggalkan mereka di belakang. Saja mengusik. Hehe.
Baiklah, kemudiannya kami berhenti seketika di gerai ini. Ini adalah tempat wajib singgah..Ada dijual Donut lembut dan popia yang sedap, selain air tebunya yang asli. Hampir setiap hari jugalah ke gerai ini. Dan banyak kali juga tak sempat beli sebab dah habis. Keciwa. hehe.
Pulang ke rumah, bersantai dulu sambil makan-makan. Kemudian meneruskan aktiviti bermain badminton dan berbasikal pula. Aktiviti berbaja sudah tamat kerana sudah selesai, hanya menunggu saat pokok itu membesar. Begitulah rutin hampir setiap hari, sesuatu yang indah untuk dikenang.=)
Alhamdulillah, memang satu pengalaman yang menarik untuk saya apabila bersama-sama mereka. Satu pengajaran yang saya rasa benar sekali,
"Adalah sesuatu yang membahagiakan apabila kita mampu membuatkan orang lain tersenyum dan gembira."
Benar sekali, "Erti hidup dalam memberi". Jangan pernah berhenti memberi, walaupun cuma dengan satu senyuman, mungkin ada manusia lain yang tersentuh hati dan hidup dengan lebih gembira..insya Allah.
Semoga Allah sentiasa memlihara kita dalam rahmatNya, amiin.=)

Tuesday, May 1, 2012
Berkampung di Kampung~Part 2 (sepupu)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, saya punya sepupu-sepupu yang comel. Walaupun lama tak bertemu, kemesraan tu sentiasa mengalir insya Allah. Mereka masing-masing berusia 11, 10, 8 (perempuan) dan 5 tahun.
Cuma yang paling kecil itu kelihatan malu-malu dengan saya, kerana berbanding dengan abang-abang dan kakaknya, saya jarang dapat bertemu dengannya. Sudah berusia 5 tahun pada tahun ini.
Arif sering melarikan diri bila saya pulang ke kampung sebelum ni. Dia hanya melihat dari jauh abang-abang dan kakaknya bermain dengan saya. Kali ni saya berazam mahu mencuri hatinya. ^_^
Untuk itu saya membawa senjata saya, hehe, iaitu cupcake! ^_^
Kanak-kanak mana yang tak sukakan cupcake yang comel? Saya sebenarnya membawa cupcake yang belum dihias, tujuan saya mahu bermain-main dengan mereka,dan biarkan mereka mencorakkan kreativiti mereka.
Tapi saya ambil sebahagiannya untuk saya lukis apa yang mereka suka. Hajat di hati nak lukis wonderpet, sebab sebelum ni si kakak minat pada wonderpet. Mungkin zaman sudah berubah (hehe), mereka sekarang minat pada angry bird pula. Okay, saya hanya menurut perintah.^_^
Dan Arif, dia minta saya lukiskan doraemon untuknya. Hehe, ye, dia mula berani mendekati. ;D
Ok, seterusnya saya mahu biarkan mereka pula yang mencurahkan kretiviti mereka.=)
Seronok melihat mereka semua ni. Hehe.
Di kampung ni pun, ada lagi sepupu saya belah mak saudara sorang lagi. Mereka cuma dua beradik. Si kakak, berusia 19 tahun (sebaya adik saya), dan si adik lelaki tingkatan 4. Si kakak yang saya panggil kak Long ni, rapat dengan saya. Dialah teman saya di kampung ni, dan dia sangat kelakar. Walaupun kami selalu gaduh (hehe, gaduh manja), tapi dialah yang bawa saya berjalan-jalan ambil angin di sekitar kampung.
Lama juga tak bertemu dengannya, jadi banyak perkara yang dikongsikan. Pernah sampai 4 pagi kami berkongsi cerita, dan banyak juga perkara yang tak pernah saya tahu, kini mula tahu dengan cerita-cerita dia. Pelbagai rasa, tapi semua dah berlalu. Yang lepas biarkan lepas..Alhamdulillah, rasa seronok sangat bersama dengan kak long..Kak Long pun nampak makin matang, hehe, sukalah dia ni kalau saya tahu saya cakap macam ni. Rasa nak buat satu entry khas la untuk kak Long. Nanti2 ye.=)
-Bersama Kak Long..=)-
Alhamdulillah, keseronokan di kampung berganda dengan adanya mereka. Saya tahu kehidupan mereka tidak semudah kebanyakan kanak-kanak lain, dan itu yang saya lihat mematangkan mereka. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang, di dunia dan akhirat. Itu harapan terbesar saya untuk mereka.
Ingin sentiasa bersama mereka, itu mustahil untuk saya. Saya ada tanggungjawab lain, ye, memang takkan terhabis. Saya cuma mahu sekurang-kurangnya menceriakan hidup mereka, dan doakan mereka dari jauh. Insya Allah2.
Saya sayang mereka..^_^
Ada part 3 pulak nanti, hehe, cerita banyak, tapi nak menulis tu lama pulak ambil masanya. insya Allah ye.=)

Subscribe to:
Posts (Atom)