Friday, May 28, 2010

Untuk mereka~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih dihidupkan utk terus mencari kebaikan..semalam telah berakhir satu lagi paper midterm..dan malam sebelumnya usrah harus berjalan seperti biasa. Malangnya bagi hati yang rapuh, terselit sedikit kemalasan untuk menghadiri usrah yang saban minggu dihadiri..rasa malas disebabkan tidak cukup persediaan untk exam esok harinya..hmm, iman tergugat lagi.apakan tidak, usrah pada pukul 8 malam, habis dalam pukul 10.30..exam pula pagi pukul 8.30 pagi esoknya..rasa terganggu dan bimbang..Alhamdulillah, ada sahabat yang mengingatkan..PAling tidak, mereka tidak menyuarakan rasa tidak mahu menghadiri usrah itu walaupun kami sedar kami belum pun habis study, dan subjek esoknya subjek kritikal juga.

Namun benarlah, sahabat yg baik itu sahabat yang mengajak ke arah kebaikan. Ajakan mereka adalah ke arah kebaikan, diam mereka juga ke arah kebaikan..Alhamdulilah. Dan bila menghadiri usrah itu, rasa terlalu cepat masa berlalu..kalau boleh dipanjangkan masa, mahu saja terus berada dalam kumpulan yang dinaungi malaikat itu..Betul, Allah kurniakan ketenangan walaupun terlalu bnyk yang kena study untuk esoknya. Saya percaya, jika kita tolong agama Allah, pasti..pasti Allah akan tolong kita..Bukan ke Allah yang memberi rezeki itu?..Exam tu hanya perkara kecil jika dibandingkan dgn ilmu agama dan ukhwah yg terjalin saban minggu..Dapat result yang tinggi tak membantu pun untuk menambahkan keimanan..tapi iman yang tinggi itulah yang dapat membantu memperoleh kejayaan bukan di dunia ni saja, tapi dia akhirat juga..Itulah tujuan kita diciptakan, bukan? Alhamdulillah indah suasana itu. Semoga lebih ramai mereka yang di luar sana dapat merasai kemanisan berada bersama mereka yang berkumpul kerana aqidah yang sama.Insya Allah jika niat itu ada, pasti Allah akan permudahkan jalannya..

Tapi iman ni cepat naik, dan cepat sangat turun. Sangat bahaya. Paginya kita betul2 rasai nikmat iman itu, dan petangnya sekali lagi kita hanyut.."Ya Allah, teguhkanlah hati kami sebagaimana Engkau meneguhkan hati org2 yang beriman"..Jangan lupa doa ini setiap kali bersolat. Kepada kawan2, jika namapak kawan2 mula lalai dan hanyut, tegurlah kerana fitrah manusia tidak pernah sempurna..sama2 la kita mencari kesempurnaan itu..Tapi jgn pula marah dan sakit hati jika mereka tidak menghargai kritikan dan teguran itu, berdoalah agar hati mereka mendapat petunjuk dari Allah..Sekurang2nya tugas kita untuk menegur sudah terlepas, jadi doakan semoga Allah dapat menjaga mereka dgn baik kerana Allah adalah sebaik2 penjaga.. Orang yang bijak adalh org yang suka menerima teguran, dan berusaha membaiki diri dari semasa ke semasa..semoga kita tergolong dalam golongan itu, amiin..=)

Terima kasih sahabat..=')

No comments: