Thursday, September 8, 2011

Gaya Hidup orang Holland?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan di bawah rahmat Allah sentiasa..Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu, kini Syawal menjelma dan bakal juga berlalu. Bagaimana, dapat istiqamahkah kita dalam berbuat kebaikan? Allah suka pada amalan yang berterusan walaupun sedikit,

“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit” (Riwayat Al –Bukhari dan Muslim)

Baiklah, kali ni ingin bercerita tentang sebuah keluarga yang agak mengagumkan saya. Baiklah, kepada yang mengenali saya, tentu mengetahui tentang kisah abang saya yang berkahwin dengan orang Holland. Bila sebut org Holland, ramai yang terbayang rambut blonde, skirt pendek, baju ketat dan tidak Islam..^_^ Saya tak mahu tulis panjang lagi, boleh rujuk entry saya yg terdahulu utk melihat siapakah isteri abang saya tersebut. ^_^

Dan baru-baru ini, alhamdulillah, seminggu sebelum Ramadhan, keluarga kakak ipar saya berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya. Dan kami menhabiskan masa yang indah bersama-sama, kami bercuti di pulau, bawa mereka ke pasar payang, makan durian, pergi pasar dan masak bersama-sama. Sangat seronok! =D..Walaupun pertama kali bertemu, kami tidak kekok walaupun bahasa percakapan kami adalah english. Saya seronok pulak jadi penterjemah utk mereka bila pergi bershopping dan bila bertemu saudara mara kami. Grammar saya bukanlah betul sangat tapi cakap je lah asal faham, kan.hehe. ^_^

-Menjamu mereka dengan buah-buahan tempatan pada malam ketibaan-

Apa yang saya kagum sangat tentang mereka ni? Mereka biasa-biasa saja. Ayah dan Ibu kpd Feer (kakak ipar saya) masuk Islam sewaktu muda. Jadi alhamdulillah, anak-anak mereka semua Islam. Feer tiga beradik, semuanya perempuan. Ada seorang kakak dan seorang adik. Namun hanya Feer seorang yang memakai tudung. Tak apalah, semoga kakak dan adik Feer (Mandy dan Soor) akan terbuka hati utk memakai tudung suatu hari nanti. Namun saya tak salahkan mereka, mungkin suasana di negara mereka iaitu Holland tak membantu mereka untuk mengamalkan Islam ini dengan cara yang betul. Saya tahu suasana sangat membentuk peribadi seseorang, namun agak terkilan di Malaysia yang merupakan negara Islam ni ramai je yang tak pakai tudung, Salah suasanakah atau salah ibu bapa atau salah siapa? Wallahu'alam.

Cuma saya memang mengagumi ibu dan ayah Feer yang sedikit sebanyak dapat menanamkan budaya Islam dalam keluarga mereka. Sepanjang mereka tinggal di rumah saya (lebih kurang seminggu), saya dapat melihat cara hidup Islam dipratikkan dalam keluarga mereka. Waktu solat, mereka akan berkumpul dan menunaikan solat jemaah bersama-sama. Waktu subuh, mereka bangun sebelum subuh dan berjemaah bersama jugak. Kagum bukan? Mereka bukanlah ustaz ustazah, namun amalan mereka mengagumkan bagi saya dengan mengambil kira suasana hidup mereka di kalangan orang tak beragama Islam di negara mereka Holland. Subhanallah.

Kami juga bawa mereka melawat Masjid Kristal (saya pun pertama kali pergi (-.-")), dan waktu itu saya berjemaah dengan adik beradik dan Ibu Feer. Kami tiba waktu jemaah sudah pun selesai bersolat maghrib, lalu Kakak Feer iaitu Mandy menjadi imam. Bacaannya lancar dan merdu sekali. Sekali lagi saya kagum. Remaja perempuan di Malaysia ini belum tentu mampu menjadi imam seperti beliau. Subhanallah.

-Di masjid Kristal-

Dan juga, saya ingin bercerita juga tentang Feer. Feer juga mengagumkan saya. Memandangkan di rumah saya ada abang saya yang lain, Feer terpaksa memakai tudung 24 jam, eh mungkin hanya 12 jam menolak waktu tidur. Pada mulanya, saya fikir tentu sebab saya pakai tudung sebab abang ipar sy berada di rumah, maka Feer pun begitu. Tapi saya silap, rupanya sewaktu di Holland juga Feer memang menjaga auratnya dgn abang iparnya (suami Mandy, oh ye, Mandy dah berkahwin)..Sewaktu kami berkongsi-kongsi cerita, Feer ada juga bercerita betapa dia kelam kabut mencari tudung jika abang iparnya muncul secara tiba-tiba di rumahnya di Holland. (Ini juga berlaku pd saya (-.-")).. Subhanallah, betapa Feer berusaha menjaga auratnya walaupun di dalam rumah sendiri. Ini mengagumkan kerana dia bukan tinggal di negara Islam, namun kesedaran dan amalannya melebihi mereka yang tinggal di negara Islam. Tidak malukah kita? Feer juga tidak memakai baju yang jarang, memakai tudung dgn melabuhkannya dan berpakaian sopan dan labuh. Remaja Islam perempuan melayu, tidak tercabarkah anda?

-@ Local Delight-

-@ Pasar Payang-

-@ Pulau Perhentian-


Belum mengambil kira kesungguhan mereka mencari makanan yang halal. Di negara mereka, makanan halal sangatlah susah untuk dicari. Mereka ada senarai code-code barangan yang tidak halal untuk dimakan, dan meyemak senarai panjang itu setiap kali keluar bershopping. Sekali lagi rasa malu sebab di Malaysia ni, makanan halal punyalah banyak tapi ada juga yang masih sambil lewa makan di premis yang tak halal dan syubhah..Kufur nikmatkah penduduk Malaysia? Tentulah bukan semua begini, hanya sekadar memberi contoh sebahagian penduduk Islam di negara Islam ini. Hmm, tepuk dada tanya iman.

Sebenarnya banyak lagi kekaguman saya terhadap mereka, tapi entry ini terlalu panjang jadi Insya Allah saya akan sambung di lain entry pulak. Semoganya ada sedikit pengajaran yang boleh kita kongsikan bersama. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ^_^

~Fatin

5 comments:

Anonymous said...

tajuk tu tak sesuai sebenarnya,,blh pulak saudari berimankan seorg perempuan yg tidak bertudung,,ye lah perkara sebegitu sgt sensitif,,satu lagi bacaan imam bkn sekadar merdu,itu tidak penting,,yg penting perlu betul dari segi makhraj dan tajwidnya,,saya rasa saudari lebih tahu akn hal ini,,nampaknya saudari begitu obses dgn kehidupan baru saudari, ia sesuatu yg baik dan perlu berfikir secara positif dan pelu juga positif dlm perkara lain,,

Tg fatin said...
This comment has been removed by the author.
Tg fatin said...

oh, maafkan saya, sy tidaklah obses dgn kehidupan baru ni, insya Allah masih mampu menilai baik buruknya sesuatu.Cuma sekadar berkongsi apa yang boleh diambil kebaikan dan diamalkan.Terima ksih atas teguran, saya pun ada kelemahan, dan semoga teguran ni diambil iktibar oleh smua.saya sekadar mengagumi kebaikan yg ada pd mereka dan insya Allah akan lebih berhati2 di lain masa. Mereka dididik dgn Al-Quran dari kecil, insya Allah tiada masalah dgn sebutan dan makhrajnya.Saya tak mengatakan merekalah manusia terbaik, tapi insya Allah semoga Allah bimbing mereka dan kita semua ke arah yg lebih baik..Sekali lagi terima kasih atas teguran.^_^

dan tajuk, saya hanya sekadar menimbulkan persoalan, tapi harapnya jangan disalah tafsir oleh sesiapa.Maaf sekali lagi atas kekurangan.

"Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan."
Walahu'alam.

N.u.R.u.L A.i.N.i.e ~ said...

assalamualaikum.
salam ta'aruf. :)
teruskan menulis. semoga menjadi org yg hebat ! insyaAllah. :)

Tg fatin said...

Waalaikumussalam..

Salam perkenalan juga.^_^
Terima kasih atas doa, semoga Allah sentiasa bimbing jalan kita semua, amiin.=)