Saturday, September 17, 2011

Hukum berimamkan perempuan tidak bertudung~

Assalamualaikum..


Sebenarnya sudah lama saya menulis entry ini, tapi entah mcm mana saya terlupa password blogger, (-.-") Jadi alhamdulillah setelah selesai masalah ni, bolehla saya sambung menulis lagi..^_^

Dalam post sebelum ini, saya ada menyatakan tentang saya berimamkan perempuan yang tidak bertudung. Baiklah, secara jujurnya, saya mungkin terlepas pandang perkara ini.. Mungkin persekitaran tidak mendedahkan saya tentang perkara ini, atau saya sendiri yang terlepas pandang tentang hukumnya..Jadi di sini sy ingin mengucapkan terima kasih pada yang menegur... Insya Allah, setelah membaca, bertanya dan meminta pendapat beberapa pihak, hukumnya lebih jelas untuk saya. Sukalah untuk saya berkongsi sedikit ilmu tentang hukum "perempuan berimamkan perempuan yang tidak bertudung" ini dalam entry kali ini dengan pembaca sekalian..Mungkin ada pembaca masih kurang jelas dengan hukumnya, sama-samalah kita menambahkan ilmu kita.

Sebelum itu, saya meminta maaf andai ilmu yang saya kongsikan ini ada kekhilafan di mana-mana, atau mungkin ada pembaca yang lebih mengetahui tentang perkara ini. Jika ada kesilapan, mohon perbetulkan dan kongsikan untuk kepentingan umat Islam semua. Baiklah, saya ada bertanyakan seorang ustaz tentang perkara ini..Apa hukumnya perempuan berimamkan seorang perempuan yang tidak bertudung? Waktu solatnya, imam sempurna menutup aurat, tetapi di luar solat si imam tidak memakai tudung..Jadi jawapan dari ustaz adalah, solat itu sah. Kerana syarat sah solat telah ditepati.

Baiklah, untuk lebih detail, ingin saya kupaskan satu-satu..Sekali lagi, jika salah, mohon perbetulkan..Ini saya bertanya kpd seorang kawan yang berpengetahuan dalam bab ini dan juga ada melalui pembacaan sendiri..

1) Perempuan yang tidak memakai tudung, dikatakan fasik. Apakah yang dimaksudkan dengan fasik ni?

Orang fasik adalah orang Mukmin atau orang Muslim yang secara sedar melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain org tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Orang Fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)

Jadi tidak menutup aurat termasuk dalam melanggar perintah Allah dan berbuat kemaksiatan.

Sumber: abubasyer.blogspot.com

2) Berimamkan orang yang fasik adalah tidak sah, namun jika makmum tidak menyedari atau tidak mempunyai pengetahuan tentang kefasikan imam tersebut, solat itu adalah sah.

Memetik pandangan dari laman web,
Menurut Ibn Taimiyah rh.,

“para Imam-imam Mazhab bersependapat bahawa adalah tidak disukai (makruh) bersolat dibelakang orang yang Fasik, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai kesahihan solat tersebut. Ada yang berkata : TIDAK SAH, sebagaimana qaul Malik dan Ahmad didalam salah satu dari dua riwayat mereka. Ada yang berkata SAH, sebagaimana qaul Abu Hanifah dan al-Syafie, dan riwayat yang lain dari mereka berdua (Malik dan Ahmad). Akan tetapi mereka bersetuju mengenai hakikat orang yang sedemikan tidak boleh di lantik (menjadi Imam)” [Majmu’ Fataawa , 23/358].

Ada dikalangan Ulama’ berpendapat bahawa, seseorang yang melakukan DOSA, tidak seharusnya diambil sebagai Imam, akan tetapi jika dia telah diberi kedudukan yang sedemikian, maka solat dibelakangnya adalah sah, kerana kemungkinan mereka itu sedang diuji, atau mereka di paksa bersolat dibelakangnya. Akan tetapi, jika Imam tersebut melakukan perkara syirik, seperti meminta pertolongan orang yang telah mati, maka TIDAK boleh bersolat dibelakangnya. [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 9/278].

Kesimpulan yang saya boleh buat berdasarkan persoalan "Apakah hukumnya berimamkan perempuan yang tidak bertudung" adalah seperti di bawah:

"Perempuan yang tak memakai tudung boleh dikatakan fasik, dan berimamkan orang yang fasik adalah tidak sah. Namun begitu, jika makmum tidak mengetahui dan tidak punya pengetahuan tentang itu, maka hukum solat si makmum adalah sah. Walaubagaimanapun, jika masih ada keraguan pada si makmum, diharuskan untuk menggantikan solat tersebut."

Wallahu'alam. Semoga persoalan ini terjawab, dan sebarang perkongsian sangat dialu-alukan.=) Minta maaf atas sebarang kekhilafan.

6 comments:

Anonymous said...

Asslamualaikum,,tahniah dan baguslah, nampaknya saudari telah mengambil iktibar dari teguran sy dulu,,yg penting kita sebagai hamba harus akur pada hukum dan tidak boleh terlalu taksub berdasarkan personel seseorng,,moga jadi prngajaran kpd kita semua...ameen.

Tg fatin said...

Waalaikumussalam..

Alhamdulillah, teruskan menegur utk kebaikan..namun utk mengatakan saya obses dgn kehidupan baru dan taksub dgn seseorang, adalah sedikit tidak adil buat saya..saya masih hidup dgn cara yg biasa, dan maksud 'obses dgn kehidupan baru' itu tak dapat ditangkap pemikiran saya krn kehidupan saya masih sama, cuma ditambah sedikit pengajaran utk sy amalkan dlm kehidupan seharian.Wallahua'lam..

Namun saya memang sentiasa mengalu2kan kritikan membina utk sy perbaiki diri saya insya Allah.^_^

white said...

Salam...semoga Allah swt mengurniakan ketenangan kpd kita semua :)... "Ingatlah,hny dgn mengingati Allah hati menjadi tenang." "TAQWA" mgkin ini yg terkurang pada diri kita, including me myself. Taqwa, satu perasaan antara takut & harap. Dlm setiap apa2 yg kita lakukan dlm kehidupan kita, sifat berhati-hati inilah yg perlu kita titik beratkan... Pernah satu ketika Hazrat Abu Bakar r.hu sedaya upaya memuntahkan kembali mknn yg syubhah yg tlh masuk jauh ke dlm perutnya, kenapa begitu b'sungguh2 beliau memuntahkan kembali? sehingga ada ulama' mengatakan sebaldi air digunakan utk memuntahkan mknn t'sebut,kenapa? krn TAQWA yg ada dlm dirinya... sama2lah kita berusaha ke arah ketaqwaan yg sempurna... semoga bermanfaat...
no need to pay...
free advice from white... :)

Tg fatin said...

White~

Terima kasih atas perkongian..Masih banyak perlu diperbaiki, insya Allah semoga Allah permudahkan semuanya..

p/s nasib baik free, kalau x tak tahu nk byr mcm mn.

white said...

:)
p/s :) :)

white said...

bayar la kalau nak byr, dgn cupcake pun ok jer, tu pun klu sedap la... :p