Wednesday, June 22, 2011

comfortable and enjoyable~

Assalamualaikum..

A beautiful yet calm scenery at IIUM lake. The area which I enjoy my joggging with friend, or in the other word to had my fat burned ^_^.




I feel blessed with IIUM's facilities, it's convenience for somebody who in love with sport. Tennis court, Squash court, Badminton court, Netball and Basketball court, Hockey field, Football field (it's normal), jogging track, gymnasium, and the best part is swimming pool, to name a few. Well, it's much more comfortable for a Muslimah like me to enjoy my swimming and gym time as they were being separated from guy's. I just love International Islamic University Malaysia, not thinking of how hard it takes to struggling in study. ^_^ Alhamdulillah, everything is fine with me. =)

~Fatin

Thursday, June 16, 2011

Menulis resume yang ringkas~

Assalamualaikum..

Hari ini rasa ingin berkongsi cara menulis resume yang mudah,kemas tapi padat. Apakah yang dimaksudkan dengan resume ini? Dalam bahasa yang mudah, resume ni adalah butir2 diri kita untuk dipersembahkan kpd syarikat/majikan semasa mencari kerja. Untuk penerangan lanjut, silala google ye..^_^

Insya Allah ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang ada sepanjang menjalani kursus2 menulis resume, rasanya dalam lebih kurang 3 kali jugalah diberi pendedahan tentang penulisan resume ni. Ada yang datang dari syarikat luar, ada juga dikendalikan oleh pihak universiti..

Jadi setelah diadun dengan sebati mengikut acuannya, bolehla ye terjemahkan ilmu tu ke dalam bentuk penulisan pulak ye tak? Minta maaf termasuk pulak istilah membuat kek kali ni..huhu. Semoga bermanfaat untuk semua.

So, jom kita tinjau apa yang patut ada dalam resume ni.Ini adalah penulisan resume cara saya, kalau ada tips2 yang lebih baik, bolehla kongsi-kongsikan ye..=)

1) Page 1

-Gambar formal
(optional, tapi mostly kena ada)

-Personal detail
(Nama penuh, alamat, i/c No, Date of Birth,age, race, religion, gender, status, nationality, Phone no.)

-Education of qualification (sekolah menengah, matric (cth), universiti-bachelor in...Jangan lupa sertakan cgpa)


2) Page 2
- Computer knowledge

Ini bergantung pada computer knowledge yang anda ada. Macam saya course computer science tentulah kemahiran saya banyak kat bahagian sini.=).Tapi yang basicnya ms word, ms power point & ms excel mesti ada,ok? Boleh guna Excellent, Intermediate dan Beginner bergantung pada kemahiran masing-masing)

- Language Spoken/ Writing
Ini language yang kita guna sehari-hari ye, janganlah yang tahu sepatah dua pun nak letak ^_^. Kat sini kita guna sama ada fluent/intermediate.

-Special Skills
Haa, sekarang boleh letak segala jawatan-jawatan yang pernah disandang berserta tahunnya sekali ye. Kalau boleh yg ada sijil, kalau tak ada susah pulak nanti nak tunjuk bukti.huhu.Satu lagi, kalau banyak sangat jawatan, tak perlu la letak semua, kata nak resume ni ringkas je?^_^ Letak yang penting-penting dan jawatan yang berkarisma je, ok?



3) Page 3

- Special Achievement
Ini kalau ada pernah memenangi apa-apa pertandingan yang berkaitan course, atau pernah join international conference ke apa ke, bolehla letak sebagai bonus untuk meyakinkan pihak syarikat tu.

-Strength
Ini lebih kepada kekuatan diri kita,Conthnya kita ni cepat pick up ke, punctual ke dan sebagainya, boleh letak semua, tapi ringkaskan je.

-Referees
Ini sebagai rujukan pihak syarikat tu kalau mereka berminat nak tahu lebih lanjut tentang diri kita. Saya letak 2 orang lecturer saya sebagai referee, ada juga yang letak pegawai-pegawai tinggi..Tapi kalau boleh elakkan letak saudara mara atau ahli keluarga kerana mereka saksi2 yang berkecuali (?). Maafkan saya jika istilah saya salah.



Baiklah, setakat ilmu yang saya ada, kebanyakan penemuduga syarikat ni berminat dengan resume yang lengkap dan mudah dibaca sekali harung. Maksudnya, sekali baca pun penemuduga tu dah dapat maklumat penting si pemohon ni..Tak perlu belek-belek 2 3 kali, nanti penemuduga tu sakit hati sebab penat tangannya duk belek-belek resume kita. Paling bagus jika dapat buat 2 page je, saya ni kurang bagus la sebab sampai 3 page.

Tulisan pulak kena jelas, biasanya font 12 times new roman. Pastikan resume nampak tersusun dan mudah dibaca ye.=)

So setakat tu je lah kali ni. Penerangan pun simple saja sebab panjangla nak terang secara detail. Saya sampai 2 hari bengkel pun tak habis lagi cerita pasal resume..huhu.Sekali lagi diingatkan, ini bukanlah resume yang terbaik, cuma boleh la untuk dijadikan panduan sedikit sebanyak, kan.hehe.

Semoga Berjaya..^_^

Wednesday, June 15, 2011

fatinbakery~

Assalamualaikum..

fatinbakery is now officially back!
Alhamdulillah..=)

^_^

fatinbakery.blogspot.com

Updated!
-With more decoration and choices, come and order now for your unforgettable event in life, at a reasonable price..Have fun with these colorful & joyful cupcakes!..^_^-

Semoga bermanfaat untuk semua, bolehla kalau nak tempah ye kawan-kawan..=)


Thank you for supporting me..
~Fatin..=)

='{

Assalamualaikum..

Ada sesuatu yang memberat di hati,
tersekat, keliru, bimbang.

Ingin diluahkan, tiada penghujung.
Resah, tidak tahu harus bagaimana?

Oh Allah show me the way.
I need the strength.

='{

Tuesday, June 7, 2011

Kita yang bukan kita?


Assalamualaikum..

"Bagaimana kita sekarang bukan bermakna begitulah kita nanti"

Maksudnya?

Ya saya terfikir-fikir istilah yang tiba-tiba tercipta di fikiran ni. Sebab banyak pengalaman saya yang membuktikannya. Pengalaman bukan semata-mata apa saya alami sendiri, pengalaman saya termasuklah dari pembacaan, penceritaan dan juga pengalaman orang lain yang saya ambil dan jadikan iktibar dalam hidup saya.

Saya seorang yang suka berfikir secara kritikal. Tapi kritikal saya bukanlah melebihi ahli politik atau pemimpin negara, cuma sekadar berfikir secara mendalam dan mengaitkan sesuatu peristiwa dengan kehidupan sendiri. Hmm, cuma kebimbangan dengan istilah yang saya cipta di atas membawa kepada penulisan ni. Sebab saya nampak manusia sentiasa berubah-ubah. Ada yang ke arah kebaikan, ada juga yang semakin jauh dari kebaikan. Jika saat ni saya punya kesedaran tentang kepentingan agama, saya bimbang jika suatu hari nanti saya tidak lagi berfikiran sebegini. Saya bimbang suatu hari nanti kelalaian membelengu saya dan saya tidak lagi menjaga dalam hal-hal agama. Maksudnya?

Banyak juga yang saya lihat, suatu masa dahulu mereka ini betul-betul menjaga pergaulan,menjaga pemakaian dan mempunyai tingkah laku yang elok. Tap sekarang, sudah berubah. Bagaimana jika saya yang sekarang ini masih boleh dikatakan menjaga (walaupun bukan terlalu bagus), suatu masa nanti saya juga lupa dengan prinsip saya sendiri? Betullah, hidup ini sukar jika kita tak punya prinsip, tapi lagi sukar jika ada prinsip tapi terlupa dan melanggar prinsip sendiri. Waktu itu adalah penting mereka yang di sekeliling menegur saya agar saya tak terlalu jauh terpesong. Ah kebimbangan masih ada dlm diri saya. Bagaimana jika mereka di sekeliling juga tak mampu menegur dek kerana keegoan yang mungkin melanda jiwa saya? Pasti saya hanyut dan saya bimbang saya akan mati kelemasan (sekadar analogi)

Saya bimbang penghujung hidup saya ini bagaimana? iman saya turun dan naik, kadang-kadang dengan perlahan, kadang-kadang naik dengan mendadak dan turun juga dengan mendadak. Jadi bagaimana mungkin saya terus istiqamah?sekali lagi saya bimbang.

Ini kisah benar. Seorang yang bertudung labuh, setelah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak, kini tidak lagi bertudung labuh, pakaian mula berfesyen sealiran dengan masa, tidak lagi memakai stokin dan stongan (stokin tangan), bertudung indon yang singkat dan pelbagai lagi perubahan yang kurang bagus. Segala pelajaran agama terlalu lama ditinggalkan jadi mungkin beliau terlupa dan tidak lagi mengamalkan sesuatu yang pernah sebati dalam dirinya suatu masa dahulu. Ditambah lagi dengan persekitaran yang tidak membantu, suami tidak menegur dan membiarkan dengan alasan sayang. Jujurnya saya tidak suka lelaki yang beralasan 'sayangkan isteri" dan membiarkan isterinya terus hanyut dengan dunia. Padahal jika sayang tegurlah untuk kebaikan isteri dunia akhirat. Berpada-padalah dalam menyayangi.

Sementara itu, mereka yang melihat perubahan ini mula mengutuk dan mengata-ngata tanpa pernah sekali pun berhadapan dengan beliau dan menasihati beliau. Tiada penyelesaian, beliau terus hanyut dan pihak yang mengutuk terus mengumpul dosa. Bagaimana? Inilah kebimbangan saya.

Ada juga kaum adam yang dulunya tidak pernah lekang dengan tazkirah, suka berbahas tentang agama tetapi setelah berumah tangga, mula sibuk dengan pelbagai urusan dan tidak lagi beramal.Lebih-lebih lagi jika beliau bukanlah pelajar jurusan agama tetap seorang pengurus syarikat (sebagai contoh) yang bidangnya bukanlah dikelilingi mereka yang beragama. Jika mampu mempertahankan prinsip agamanya, lelaki ini adalah manusia yang hebat.

Apa yang saya lihat, persekitaan juga memainkan peranan penting. Jika dikelilingi mereka yang faham tentang kepentingan agama, maka insya Allah kita akan rasa terjaga. Cuma untuk "memantainkan" perhubungan dengan mereka yang faham itu agak sukar jika tiada usaha yang berterusan. Bagaimana?Itulah cabarannya.

Kesimpulannya, hati manusia memang cepat berbolak balik. Jika ditakdirkan perekitaran juga tidak membantu, jadi hanya kepada Allah lah kita harus meminta pertolongan. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana keadaan kita suatu masa nanti, yang mengetahui segala-galanya tentang kita. Allah adalah sebaik-baik penolong, seharusya kita terus meminta dan berdoa supaya Allah memelihara iman kita walau dalam kondisi apa sekalipun. Inilah jihad. Berusaha sedaya upaya memelihara prinsip hidup dan memegang agama dalam kehidupan. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah, amiin.

Sekadar perkongsian pendapat dan kebimbangan, semoga dapat dijadikan sebab untuk kita lebih berhati-hati merencana kehidupan. Setuju dengan lirik lagu "always be there" Maher Zain:

"Should never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance"

Jumpa lagi!^_^