Monday, January 10, 2011

Marah? Sakit Hati?baca ini.



Assalamualaikum..

Apa khabar semua?^_^.Semoga dalam rahmat Allah sentiasa.

Hurm, saya ada satu persoalan bermain-main di fikiran. Macam mana kalau dalam diri kita ni, ada sifat semulajadi yang memang sebati dengan diri kita? Contohnya la kan, karakter org yg lahir pada bulan Jun cepat marah dan cepat sejuk, September pulak sangat sensitif yang tidak diketahui, dan karakter bulan julai pulak banyak berahsia..

Tapi ini kan kajian yang dijalankan manusia, mungkin betul mungkin salah kan..Tapi untuk kebaikan, kita boleh ambil kajian ni sebagai ukuran diri. Jika betul kita memang seorang yang sensitif, dan pemarah, keras hati, dan mungkin juga seorang yang degil, apa yg kita nk buat?

Selalu kita dengar orang yang ada sikap negatif cakap, "nak buat macam mana, saya memang semulajadi seorang pemarah", atau, "saya mmg sensitif, terima je lah saya seadanya", dan macam2 lagi..Tahu x? semua itu boleh diubah. Betul. Semua tu mampu diubah, cuma cepat atau lambat je bezanya..



Ada orang yang mampu berubah dalam masa 1 bulan, 1 minggu, atau even 1 hari, tapi ade yg perlu memakan masa bertahun2, mungkin berpuluh2 tahun..Tapi selagi ada keinginan utk berubah, insya Allah kita akan merasa nikmatnya bila sikap itu sudah berjaya diubah.

Betul, betul ni sy cakap..Saat kita dah berjaya atasi sikap negatif tu, terasa sangat gembira, terasa usaha selama ni dapat balasannya. Belum pun lihat lagi pahala yg terkumpul kerana mujahadah, dah pun diri sndiri rasa bahagia..Alhamdulillah, yg penting, niat nak berubah kena ikhlas. Dari hati kecil, yg betul2 sayangkan diri sendiri dan ingin diri jadi lebih baik..Insya Allah Allah akan permudahkan segala2nya. Ingat, kemampuan manusia berbeza, tapi yg penting kesungguhan mesti ada dan teguhkan hati utk atasi sikap buruk tu walau dalam apa keadaan sekalipun. Hati, teguhlah, dan patuhlah kpd tuanmu.=)



Dan percayalah, lagi kuat kita nak berubah, lagi kuat ujian yg akan dtg. Mungkin Allah nak lihat sejauh mana keikhlasan hati nurani kita. Tak perlu hebohkan satu dunia yg anda ingin berubah, biarlah perubahan itu datang secara semulajadi, dan biar mereka di sekeliling yg menyedarinya sedikit demi sedikit. Ini tentunya hanya dtg dari hati yg ikhlas. Ikhlaslah hati utk menyayangi diri sendiri, okay?

Apapun, biarlah manusia tak dapat lihat itu semua, yg penting Allah lihat usaha kita, dan Allah sangat memahami dan mendengar niat hambaNya, lalu mohonlah kepada Allah agar dikurniakan kekuatan utk mengatasi segala perangai buruk dlm diri. Sesungguhnya Allah sebaik2 penolong..



Pendek kata, untuk melakukan perubahan, mesti ada niat yg ikhlas, kesungguhan dan keteguhan hati, dan bermohonlah sentiasa kpd Allah agar dimudahkan segala proses perubahan diri. Kecil atau besar, hanya Allah yg menilainya. Wallahu'alam..

Salam sayang~
FAtin ^_^

No comments: