Sunday, June 13, 2010

Let us open our eyes~

Assalamualaikum..

Islam itu indah. HAnya jika orang itu dapat merasainya. Ya, hanya jika Allah memilihnya. Namun kadang2 org itu sudah dipilih, namun dia deny, dan melarikan diri dari hidayah yg Allah bagi. Alasan, Belum terbuka pintu hati, belum mendapat hidayah. Tahukah bahawa sebarang pintu tidak akan terbuka jika tidak ada yang mahu membukanya? Jika pintu automatik sekalipun, masih perlu menggunakan elektrik utk membukanya. JAdi di sini ada usaha yg perlu dilakukan. Bukan hanya menunggu pintu itu terbuka sendiri.

Saya masih ingat, waktu sekolah dulu, ustazah saya, ustazah rokiah hassan buat perumpamaan. Ada duit yang banyak dihadapan kita, cuma beberapa langkah sahaja. Dan duit itu mmg milik kita. Namun kerana kita tak mahu berusaha utk hanya melangkah, maka duit itu hanya dapat dilihat, tidak dapat dipegang apatah lagi digunakan. Duit itu diumpamakan seperti hidayah Allah. Hidayah sudah ada di hadapan mata, namun kerana kita tak mahu berusaha, maka hidayah itu tidak sampai kepada kita, hati kita. MAhukah kita rugi kerana kemalasan diri sediri? Hidayah itu perlu dicari, bukan hanya perlu ditunggu. Jika itu duit berjuta2, pasti kita pantas mendapatkannya, tapi kita tak sedar harga hidayah sebenarnya lebih besar dari jutaan duit itu. Duit hanya digunakan di dunia, tapi hidayah itu mengiringi kita dunia dan akhirat insya Allah.

Ini hadiah untuk semua yang masih mahu berfikir~
Hanya mahu berkongsi ketenangan hidup dlm islam..
=D



Saya sayang semua yang mencari keredhaan Allah. Bertemu dan berpisah kerana satu akidah yang sama. Islam itu menyatukan. Subhanallah~

No comments: