Tuesday, November 8, 2011
Betul ke Praktikal di Jabatan Kerajaan Tak best?
Assalamualaikum..
Apa khabar semua? semoga dalam pelihara Allah selalu.=) Lama betul blog ni ditinggalkan..rindu pulak nak menulis.^_^
Sekarang ni, saya sedang berpraktikal di sebuah jabatan kerajaan, masih tinggal beberapa bulan lagi. Keluar sudah dari kepompong universiti, dalam diam saya harap jugak saya ni rama-rama yang pandai jaga diri.=)
Sebenarnya, bila pertama kali saya jejakkan kaki kat sini, macam-macam yang saya fikir. Takut sangat. Sampai termimpi-mimpi. Sungguh, saya sangat takut. Apa yang saya takut pun saya tak tahu. Mungkin sebab saya rasa kurang yakin pada kemampuan diri dan saya pulak seorang diri.Sebagai pelajar komputer sains, bimbanglah jugak kalau saya tak mampu buat apa yang diarahkan..Belajar dan bekerja kan sesuatu yang berbeza.
Hehe, lagi satu, mungkin sebab pelajar-pelajar biasanya disogokkan dengan kisah praktikal di jabatan kerajaan tak bagus, tak ada kerja, kena buat kopi dan tolong fotostat je, jadi semua tu terngiang-ngiang je di fikiran saya..memang ni yang sering saya dengar. Bimbang jugak kalau tak ada kerja, apa yang saya nak tulis dalam report nanti? Bukannya saya tak mahu kerja di syarikat swasta, tapi saya ada alasan sendiri..
Mula-mula terkilan jugak sebabnya berpraktikal di syarikat swasta dibayar elaun, sedangkan di kerajaan tidak. Tapi, siapa tahu kan, kuasa Allah, dengan tiba2-tiba nya pelajar yang berpraktikal di kerajaan diarahkan supaya dibayar elaun. Subhanallah, agak menakjubkan pada saya sebab arahan itu dibuat tak sampai 2 bulan sebelum tarikh masuk saya ke dalam jabatan ini. Berapa dibayar tu, taklah banyak mana, tapi kalau dikira saya duduk di rumah ayah dan semua ditanggung, Alhamdulillah lagi. Rezeki tu milik Allah, kadang-kadang berlaku perkara di luar jangkaan ni selagi kita bertawakal padaNya kan. Insya Allah.=)
Seterusnya, dengan pemikiran pelajar praktikal kurang diberi kerja sewaktu berpraktikal, sekali lagi saya dikejutkan apabila kawan-kawan praktikal saya tak ada satu pun yang goyang kaki..Kalau ada goyang kaki pun, bawah meja je la kot.hehe. Disuruh buat kopi untuk bos pun tak pernah. Mereka diberi tugas untuk membuat sistem, seorang pelajar diarahkan membangunkan satu sistem. Sistem yang mereka buat ni mungkin diguna pakai untuk jabatan ni, mungkin jugak tidak. Tapi pernah ada satu sistem yang dibuat pelajar praktikal di sini, disebar meluas utk diguna pakai oleh semua jabatan dalam kerajaan ni. Hebatnya saya dengar. Kalau jual tu banyak duit beliau boleh dapat.hehe. Tapi apa yang saya nampak, sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu di sini, bukan sikit malah banyak. Bukan ke ni tujuan kita berpraktikal? Mencedok sebanyak mana ilmu yg ada untuk diaplikasi nanti..Bila ingatkan semua ni, buat saya tersenyum. Jauh sekali apa yang saya fikir dengan kenyataannya. Tak habis2 saya mengucapkan syukur atas nikmatNya.
Belum dikira betapa ramah tamahnya staff di sini, rasa seperti sebuah kelaurga besar. Kawan-kawan praktikal dari universiti lain pun baik-baik dan alhamdulillah saya mudah sekali berkawan dengan mereka..Rasa terkilan pulak sebab masuk lewat..hehe, apapun, insya Allah kat mana-mana pun kita, selagi kita bertawakal padaNya, pasti Allah akan mudahkan segalanya untuk kita..Allah akan beri sesuatu tu ikut kemampuan kita, jadi bersyukur dan redha lah selalu..=) Alhamdulillah, setakat ni saya bersyukur sangat dengan semua kurniaan Allah pada saya..Alhamdulillah.^_^
p/s Saya pun kena buat satu sistem, doakan segalanya dimudahkan ye kawan2..Programming ni bukannya saya minat sgt tapi saya nak cuba buat sedaya mungkin insya Allah. Fighting!!^_^
-Fatin
Subscribe to:
Posts (Atom)