Friday, May 29, 2009


"Tinggalkanlah org2 yg mnjadikan agamanya sbagai prmainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dgn Al-Quran agar setiap org tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sdiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dgn segala mcm tebusan apa pun, niscaya tdk akn diterima. Mrk itulah org2 yg dijerumuskn (ke dlm neraka), disebabkn prbuatan mrk sdiri. Mrk mndapat minuman dari air yg mndidih dn azab yg pedih disebabkan kekafiran mrk dahulu."

(Al-An'am:70)

Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua..Iman itu ada naik dan turunnya, namun jgn smpai saat jatuhnya iman itu terlalu jauh, sehingga tidak tercapai utk kita mndaki kmbali tngga iman itu..Berdoalah kpd Allah agar dikuatkan iman, mengadulah kpd Allah krn Allah sebaik2 tmpat meminta pertolongan..

Wednesday, May 27, 2009

Cinta Sejati

  


Detik pertemuan semalam sgt bermakna. Kesempatan bertentang mata dan berkongsi pengalaman hidup dengan pemilik nama Fatimah Syarha(penulis novel Tautan Hati & Syabab Musafir Kasih")memberi satu pgalaman yg sgt berharga..Kak Ha, nama panggilan buat dirinya, memberi layanan istimewa buat tetamunya ini (saya dan kakak) yg berkunjung tnpa dirancang..kebetulan suami K.ha sdang berkursus jadi kami menjadi peneman K.ha pada mlm itu.

Sambil menikmati hidangan jagung rebus bersama buah anggur dan air habbatus Sauda', K.Ha berkongsi cerita dengan kakak sy yg merupakn kawan lama K.Ha di matrik dulu..Tertarik mendengar kisah mereka yg sedang menanti kehadiran baby masing2.=)Apatah lagi kedua2nya bersuamikan doktor, jadi bnyk cerita yg boleh dikongsi bersama..Saya yg masih single tumpang bahagia dan cuma pasang telinga, atau pn seperti org2 tua kata, 'ambil berkat'..*senyum.

Sangat seronok dgr kisah cinta K.Ha yg bercinta selepas kahwin..Saat jatuh cinta K.ha adalah setelah termeterainya janji dan halalnya sebuah prhubungan..*Kagum.Bukan senang bagi seorang manusia biasa mempertahankan perasaannya dari jatuh cinta. Apatah lagi bila melihat pasrahnya K.Ha kpd Allah dlm menerima jodohnya. Yang dilihat K.ha pada suaminya hanyalah pada agama, kerana K.ha tak prnah bertemu apatah lagi bertentang mata dgn bakal suaminya sebelum majlis akad nikah.*Kagum lagi.K.Ha hnya yakin pada agamanya krn ada org tgh yg lebih tahu kdudukn agama llaki itu..K.Ha smpt berpesan pada sy pntingnya ada seorang 'spy' yg soleh yg dpt melihat sdiri khidupn dan amalan bakal suami.Kata K.Ha itu pnting supaya kita yakin agama lelaki itu yg nntinya akn jadi pembimbing dan nakhoda dlm rumah tangga.

Ini bukan cerita rekaan mahupun dongeng. Saat ini K.Ha tntunya bahagia mnjalani khidupn rumah tngganya..Mendengar cerita K.Ha mmbuatkn hati turut tertarik utk mncontohi, namun itu bukan perkara yg mudah utk dilakukan..Hati perlu kuat bermujahadh, krn jalan yg indah itu pasti berliku2..Dan utk mndapat ssuatu yg brharga, pengorbanan itu adalah sesuatu yg pasti.
K.Ha mndapat kebahagiaan yg diimpikn krn dia terlebih dahulu mengenali cinta Allah..pasti bukan mudah menggapai cinta Illahi, namun itulah cinta sejati..Ya Allah, kurniakn kkuatan kpd kami utk mnggapai cntaMu,utk terus bermujahadah mencari redha dan kasih sygMu..Permudahknlah segala urusan kami dan peliharalah kami dalam rahmatMu..



Saturday, May 23, 2009

Sayang Itu indah

Sangat suka dengar lagu ni..siapa yang rajin bolehla ambil masa satu minit hayati liriknya..siapa yg x rajin blh skip terus tapi rugilah sbb lirik ni sgt bagus utk org yang sayang mak ayah dia.

Sifat anak yang soleh
mentaati ibu ayah
tidak membantah 
malah mentaatinya

halus peribadinya
mencontohi Rasulullah
tingkahlakunya dijaga
akhlak dipelihara
segala amalan dijaga
hanya kerana yang Esa..

Hormat pada yg tua..
kasih pada yg muda..
sayang pd ibu ayah 
dan juga keluarga

hidupnya rajin berusaha
tidak pernah berputus asa
di dalam kehidupan penuh pancaroba

tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah 
ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah
kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah..
hormat menghormati
sesama insan berbudi
guru dan teman2
sentiasa dikasihi
itulah di antara sifat anak-anak yang soleh..

Macam mana? ada rasa apa2 dalam hati? atau x faham lgsung? rasanya lirik ni sangat mudah difahami, tapi yang mudah ni biasa kadang2 payah utk diikut..betul ke? tnyalah diri sendiri..ada x kita x bantah langsung ckp mak ayah? walaupun kita kata sayang mak, sayang ayah, tapi perbuatan kita langsung x membuktikan kita ni syg kat mereka..knp ek? sbb kita sombong ke,atau sbb kita dah rasa besar?padahal kita xkan membesar tanpa mereka..

bahagia sgt klau kita dpat jadi org baik.bkn je semua org sayang, yg penting kita nak Allah sayang..sbb nnti kita mati kita perlukan rahmat dan kasih sayang Allah..kita nak Allah lindung kita di waktu seorang manusia pn x dpt tlg manusia lain..bila sebut mati, rasa meremang bulu roma, tapi jangan lupa itu realiti..bila kita nak kembali pada realiti ni? You choose.

Monday, May 4, 2009

HIkmah



Assalamualaikum..

Sem baru dah bermula..bermulalah kembali perjuangan, harap2 dikurniakan kekuatan menghadapi segala onak dan duri..segala yang telah berlaku sudah menjadi sejarah..dalam hidup ini, bukan semua yang kita inginkan akan termakbul..bila kita tidak mndpat apa yg kita inginkn, ini dinamakn ujian..satu cara mnghadapi ujian ini adalah dgn berfikiran positif dan yakin ada hikmah di sebaliknya..malah yakin ALLAH akan bagi sesuatu yg lebih istimewa satu masa nnti..INI CARA MENDIDIK DIRI agar terus bersyukur dgn segala ketentuanNya..ALLAH MAHA ADIL dan MAHA PENYAYANG.